Score A
Programme direka khas unuk membantu anak anda, ianya
juga mempunyai 2 ciri-ciri khas untuk ibu bapa.
Di
sini anak anda diberi soalan-soalan mengikut
topik setiap subjek. Untuk memudahkannya faham,
15 soalan setiap subjek akan diberikan dan ada 3
set soalan untuk setiap topik tersebut. Kalau satu subjek (Matematik contohnya), ada 10
topik, jadi dia akan mendapat 450 soalan (15 x 3
x 10 = 450)
Berbanding dengan cara tradisional di mana anak
anda terpaksa membuka buku untuk belajar,
eAssessment membolehkan anak anda belajar dalam
bentuk games bermula pada tahap easy.
Kemudian, jika dia dapat menjawab 80% daripada
soalan-soalan diberi dengan betul, dia akan
berada di tahap itu sehinggalah berjaya.
Dan kalau dia sentiasa "gagal" untuk mencapai
80% pun, dia sebenarnya telah didedahkan dengan
soalan tersebut banyak kali sehinggakan nanti
masa peperiksaan sebenar dia tahu betul-betul
apa jawapannya kerana terpaksa jawab soalan
tersebut!
Soalannya juga dipilih rawak jadi dia takkan
rasa bosan membuatnya walaupun dia masih lagi
pada tahap yang sama.
Dan ya, ada dekat 1000 soalan bagi setiap subjek
dalam eAssessment ini.
Modul
ini dicipta untuk memastikan anak anda
seolah-olah menjawab peperiksaan sebenar di mana
ketika pelajar menjawab soalan, akan ada
Countdown Timer berdasarkan jangkamasa
peperiksaan sebenar.
Kalaulah dia tak siap dalam masa yang ditetapkan,
soalan akan "tertutup" dan anak anda tidak lagi
boleh menjawabnya.Dengan ini dia akan lebih sensitif dengan masa
dan takkan leka bermimpi semasa peperiksaan.
Ada 10 set soalan eTrial Exam yang boleh diambil
oleh anak anda yang mana terdapat 400-500 soalan
setiap subjek dan bergantung epada tahap belajar
mereka.
Peperiksaan percubaan secara online juga
diadakan serentak di seluruh negara. Dengan
membuat soalan ini, pelajar-pelajar yang
menggunakan Score A akan lebih bersedia untuk
menghadapi peperiksaan sebenar.
Satu-satunya e-learning portal yang diberikan
hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas
peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun
1993 sehingga sekarang daripada Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Ya, mereka boleh buat terus soalan-soalan
peperiksaan dahulu-dahulu di Score A portal.
Anak
anda juga akan diberi eNotes, nama glamer untuk
nota ringkas tetapi padat dan ianya disediakan
oleh guru-guru pakar mata pelajaran dari seluruh
Malaysia. Ianya boleh membantu anak anda untuk
mengulangkaji dan membuat rujukan dan
berkonsepkan peta minda (senang kaitkan antara
satu fakta dengan fakta lain).
Kalau
ada terma yang susah difahami, eDictionary boleh
membantu. Ianya dicipta khas untuk mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan matematik
untuk membantu anda menterjemah
perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh
pelajar.Tak payah lagi belek kamus tebal untuk mencari
makna satu perkataan.
eProgress (khas
untuk ibu bapa)
Seperti yang
anda tahu budak-budak ni susah sikit nak percaya. Jadi
eProgress membolehkan ibu bapa untuk memantau dan
mengikuti perkembangan anak-anak. Ini memudahkan ibu
bapa diberitahu tentang semua latihan-latihan yang
dilakukan oleh anak-anak mereka.
Anda juga akan
diberitahu tentang bilangan soalan percubaan yang telah
dilakukan oleh anak anda bagi setiap topik. Maklumat ini
membolehkan anda mengenal pasti topik-topik yang
bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut
subjek.
Ibu Bapa: eReport Card
(Online dan SMS) untuk ibu bapa
Melalui eReport ini anda akan diberitahu setiap
kali anak anda menjawab soalan dalam portal
pendidikan Score A itu. Segala keputusan, masa
yang diambil, serta topik yang dijawab akan
dihantar serta merta kepada telefon bimbit anda
(kalau anda nak, anda boleh juga melihatnya di
Internet).
Ini memudahkan ibu bapa memeriksa prestasi
akademik anak dan membantu anda mengetahui
kekuatan dan kelemahan anak anda. Walaupun anda
di pejabat, anda masih lagi boleh memantau anak
anda (jadi anda tahu dia tak merayap sana sini
masa anda tidak ada di rumah!)
Jika anda mahu, anda boleh membantunya untuk
memperbaiki kelemahannya dan disebabkan ianya
"instant", anda akan mengetahui masalah dihadapi
anak anda dengan cepat dan tidak lagi bergantung
100% kepada laporan sekolah (yang hanya
diberikan di pertengahan dan apabila dekat nak
exam sahaja).
Senarai Penganugerahan
100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Nak
tahu performance anak anda berbanding
pelajar-pelajar top negara ini? Anda boleh
mengetahuinya di Honor's Roll Score A. Di sini
anda akan mengetahui di mana dia berapa
berbanding 100 pelajar terbaik bagi setiap
subjek.
Jika anak anda tersenarai di sini, kemungkinan
besar dia akan berjaya dalam exam sebenar nanti.
Ini juga secara tak langsung menggalakkan anak
anda kerana kebanyakan budak tak suka kalau ada
orang lebih baik daripada mereka. Mereka juga
teringin nak jadi salah seorang top 100 untuk
subjek yang mereka gemari.
Halaman Utama |