- Apakah
Score A
Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang
komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar
bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
- Apakah
Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel
otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di
sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen,
membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input".
Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan
inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang
sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam
peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .
- Apakah
Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para
pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di
sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
- Mengapa
pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi
menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna
untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A
Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi
akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini,
mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman
mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A
Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina
keyakinan
diri dan sikap positif
- Kenapa
eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A
Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini
kepada
ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu
bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik
anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka.
Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi
akademik mereka.
- Apakah
aras
dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam
Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat
persekolahan,
bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga
merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus
untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua
peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.
- Adakah
Score
A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran
Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
- Perlukah
anak
saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga
menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input.
Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik
bagi
kelas tuisyen anak anda.
- Mengapakah
Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk
objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran
Output
dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka
menerusi dalam bentuk objektif.
- Adakah
bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A
Programme™
berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna
oleh
semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh
itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih
murah.
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk
berlatih
dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak
terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah
berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap
pengguna ke
tahap-tahap berlainan.
Sila hubungi: Manager Zainal
bin Abd Kadir 0192391225
|
|